Berita baik, Pihak kerajaan telah membenarkan pencarum untuk membuat permohonan Pengeluaran Penuh KWSP melalui akan 1 dan akaun 2. Untuk anda yang merupakan pencarum yang masih lagi aktif, anda boleh membuat permohonan pengeluaran tersebut. Akan tetapi, kelayakan itu bergantung kepada ketepatan syarat bagi setiap permohonan.
Ikuti perkongsian dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengeluaran penuh yang dibenarkan pihak kerajaan pada tahun ini.
(PENGELUARAN PENUH KWSP)
Untuk makluman, tujuan utama pengeluaran ini dibenarkan adalah untuk memudahkan
pencarum KWSP membuat persediaan bagi menghadapi perassan yang lebih selesa lagi dalm kehidupan.
Pengeluaran ini hanya terbahagi kepada dua jenis pengeluaran sahaja iaitu secara penuh ataupun sebahagian. Oleh itu, ahli kwsp boleh membuat pilihan anda untuk memilih mana-mana yang anda inginkan.
(SYARAT KELAYAKAN)
Terdapat beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi setiap permohonan, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 55 & 60 tahun
- Pencarum KWSP
- Warganegara Malaysia ataupun penduduk tetap
- Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
- Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
- Byaran dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank simpanan/ semasa ahli atau ke akaun bank rakan strategik KWSP.
Untuk pengetahuan anda, pengeluara KWSP boleh dimohon secara manual dengan mengisi borang melalui kaunter, kios atau melalui i-Akaun KWSP. Anda juga dibolehkan memohon pengeluaran secara online melalui i-Akaun KWSP.
Berikut adalah rujukan info lebgkap mengenai pengeluaran penuh KWSP :
SENARAI PENGELUARAN PENUH KWSP
Terdapat beberapa kategori bagi pengeluaran penuh KWSP ini antaranya :
PENGELUARAN PENUH UMUR 55 TAHUN
- Apabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.
- Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.
PEKERJA BERPENCEN & PERSARAAN PILIHAN
- Definisi pekerja berpencen ialah pekerja yang telah diletakan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang menjelaskan pengambilan pekerja di dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.
- Mulai 1 Januari 2018, selepas Penjawat Awam membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen, tanggungan mencarum bagi beliau adalah tidak terhenti selaras dengan pelaksanaan Skim Kebolehalihan (Portability Scheme).
HILANG UPAYA
- Ahli KWSP yang mengalami hilang upaya boleh membuat pengeluaran penuh simpanan setelah mereka disahkan oleh pegawai perubatan. Malah, mereka turut layak mendapat RM 5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.
KEMATIAN
- Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang anda dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.
- Kami menggalakkan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.
(MAKLUMAT LANJUT)
Pada tahun 2024 ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bantuan untuk membantu masyarakat Malaysia yang terjejas ekonominya. oleh itu, anda boleh RUJUK DISINI untuk mengetahu bantuan apa yang akan dikreditkan selepas ini untuk tahun 2024.
Comments
Post a Comment