Untuk makluman, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan pada Januari 2024 ini. Pihak kerajaan juga telah memulakan pelaksaan bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan takan memanfaatkan sejumlah 8.2 juta penerima yang berkelayakan.
Namun, terdapat lagi satu bantuan yang anda boleh terima sekiranya anda mempunyai kelayakan, iaitu bantuan e-wallet bernilai RM300 yang menariknya bantuan ini akan disalurkan setiap bulan.
Selain itu, permohonan bantuan e-wallet ini tidak terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Akan tetapi, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan di setiap permohonan. Sila ikuti perkongsian dibawah untuk mengetahui apa syarat kelayakan tersebut.
(BINGKAS E-WALLET RM300)
Untuk pengetahuan anda, Kerajaan negeri Selangor telahpun bersetuju untuk meneruskan lagi bantuan e-wallet ini dimana setiap individu akan menerima bayaran bernilai RM300 untuk satu keluarga. Inisiatif ini akan dilaksanakan menerusi program Bantuan Kehidupan Sejathera atau dikenali sebagai BINGKAS.
Bantuan ini bertujuan untuk mengiktirafkan peranan penting ketua keluarga yang tidak pernah mengenal apa itu penat lelah dalam mengurus segala hal ehwal keluarga. Walaubagaimanapun, ianya akan melalui beberapa syarat kelayakan agar bantuan ini disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan sahaja.
Berikut adalah kriteria kelayakan yang perlu anda penuhi, antaranya adalah :
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor
- Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan
DOKUMEN SOKONGAN
Selain itu, sila pastikan anda telah melengkapi beberapa dokumen sokongan :
- Salinan Kad Pengenalan pemohon (Pemohon dan/ atau Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan/ Mykid/ Surat Lahir Anak/ Kad OKU/ Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak/ Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian/ Pencerian/ Laporan Polis (untuk bapa/ ibu tunggal)
- Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
- Surat Pengesahan penyata pendapatan dari Ketua Komuniti bagi bekerja sendiri atau tidak bekerja
- Salinan Slip Gaji/ Pencen Terkini untuk Pejawat Awam atau pesara.
(KADAR BAYARAN E-WALLET)
Sekiranya anda sebagai Ketua isi rumah layak, anda akan menerima bayaran secara bulanan sebanyak RM300 yang akan disalurkan kedalam E-Wallet anda secara automatik.
Info : Bantuan E0Wallet bernilai RM300 ini tidak bukanlah berbentuk wang tunai, ianya hanya digunakan untuk menebus keperluasan asas seperti barangan dapur dan keperluan persekolahan.
(MANFAAT BINGKAS 2024)
Terdapat beberapa manfaat yang akan diperolehi daripada bantuan BINGKAS ini
- Had pembelian RM300
- Baki tidak akan dibawa ke bulan seterusnya
- Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan
- Boleh membeli barang keperluan asas dan perigal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku, pensil dan sebagainya).
(CARA MEMBUAT PEMOHONAN)
Sila ikuti langkah-langkah yang diberikan dibawah untuk anda mohon bantuan e-dompet Bingkas ini :
Anda diminta untuk kemukakan permohonan anda melalui portal rasmi iaitu : https://www.bingkasselangor.com
(MAKLUMAT LANJUT)
Di tahun 2024 ini terdapat pelbagai bantuan yang akan disalurkan secara berperingkat. Untuk ketahui jenis bantuan apakah yang akan disalurkan selepeas ini. Sila RUJUK SINI
Comments
Post a Comment