Seperti yang diketahui, sesi persekolahan bagi tahun 2024 telahpun dibuka bermula 11 MAC 2024 berkenaan pada hari isnin kemarin. Pihak kerajaan telahpun mengumumkan setiap pelajar di negara ini akan menerima bantuan tunai sebanyak RM150 untuk membantu meringankan beban kewangan dalam membeli kelengkapan persekolahan anak-anak.
Untuk makluman, seramai 5.2 juta murid sekolah akan menerima bantuan tunai ini tanpa mengira had ibubapa mereka. Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.
(BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2024)
Untuk pengetahuan, Bantuan Awal Persekolahan atau dikenali sebagai BAP 2024 adalah bantuan kerajaan dalam membantu ibubapa/ penjaga yang berpendapatan rendah agar dapat memenuhi segala keperluan anak-anak semasa sesi persekolahan bermula.
Dengan peruntukan sebanyaK RM788,130,000 yang telah disediakan untuk meneruskan bantuan kewangan ini dan seramai 5,254,200 murid akan menerima manfaatnya.Walaubagaimanapun, pada sesi 2024 ini setiap murid akan menerima bayaran sebanyak RM150 seorang tanpa tapisan.
(TARIKH BAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN)
Untuk sesi persekolahan bagi tahun 2024 ini, setiap murid akan mula terima bayaran pada :
(KADAR BAYARAN)
Berikut adalah kadar bayaran pula, sama seperti tahun sebelumnya iaitu sebanyak :
- RM150 Seorang
(SYARAT KELAYAKAN)
Bayaran BAP 2024 ini hanya disalurkan kepada murid seperti berikut :
- Murid tersebut hendaklah Warganegara Malaysia
- Semua murid adalah layak menerima RM150 tanpa melihat had pendapatan ibu bapa atau penjaga mereka.
(KAEDAH BAYARAN)
Terdapat kaedah bayaran BAP 2024 yang akan disalurkan nanti :
- Bayaran secara tunai
- Melalui sekolah
- Kedalam akaun masing-masing
Nota : Seperti yang diketahui oleh pihak KPM mempercayai inisiatif seperti ini dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibubapa/ penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang ini.
(MAKLUMAT LANJUT)
Pelbagai bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan, Antara bantuan yang anda boleh dapatkan RUJUK DISINI
Comments
Post a Comment