Berita baik, pihak kerajaan sekali lagi telah mengumumkan bantuan khas sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada bulan Jun 2024 ini.
Akan tetapi, bantuan ini akan diberikan kepada beberapa negeri sahaja dan akan disalurkan kepada individu yang menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut.
(BANTUAN KHAS AIDILADHA RM500)
Untuk makluman, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini telahpun engambil inisiatif untuk memberikan bantuan khas berjumlah RM500 kepada asnaf di Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan.
Peruntukkan yang digunakan sebanyak RM16 juta dan bakal memanfaatkan lebih dari 32,300 penerima yang terdiri dan riqab bakal menerima manfaat melalui program sumbangan ini dan bantuan ini dapat meringankan beban mereka dalam persiapan menyambut Aidiladha di tahun 2024 ini nanti.
(KATEGORI PENERIMA)
Berikut adalah kategori penerima yang akan mendapatkan bantuan khas ini :
FAKIR
- Bagi seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta ataupun pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak samapai 50 peratus daripada belanja hidup seorang yang hidup sederhana dan orang-orang yang tanggungan.
MISKIN
- Bagi seseorang yang telah mempunyai pekerjaan atau hasil usahanya yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.
MUALLAF
- Baru sahaja memeluk agama islam
- ketua-ketua islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
- ketua-ketua kaum islam yang masih lemah iman akan tetapi masih ditaati oleh orang-orang di bawah pimpinannya.
- orang-orang islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh.
AL-RIQAB
- Memerdekakan orang-orang islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.
TARIKH BAYARAN
Seperti yang dikongsikan diatas, bayaran bagi bantuan kha Aidiladha ini akan disalurkan sebelum sambutan Aidiladha 2024 iaitu pada :
- 14 JUN 2024
MAKLUMAT LANJUT
- Sekiranya anda mempunyai soalan ataupun ingin mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh melayari Bantuan Terkini 2024
Comments
Post a Comment