Berita baik, seperti yang diketahui oleh masyarakat Malaysia. Pihak kerajaan perpaduan telah memperkenalkan dan memberikan pelbagai bantuan kewangan khususnya untuk yang berpendapatan rendah akibat ekonomi yang sekarang ini semakin tinggi.
Dimaklumkan bahawa, salah satu bantuan yang anda boleh manfaatkan adalah bantuan Geran Pelancaran yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ikuti perkongsian dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
(BANTUAN KEWANGAN RM2700)
Geran Pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan satu program yang merupakan sebuah bantuan tunai sebanyak RM2700.
Sedia dimaklumkan, inisiatif ini hanya tertumpu untuk membantu kumpulan sasar sekiranya individu tersebut ingin memulakan perniagaan secara kecil kecilan.
(TUJUAN UTAMA BANTUAN)
Berikut adalah objektif utama bantuan kewangan ini akan di laksanakan adalah :
- Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar (JKM) yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
- Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapat matlamat ke arah berdikari diri sendiri.
(SYARAT KELAYAKAN)
Terdapat beberapa syarat kelayakan bagi memohon bantuan Geran Pelaksanan ini :
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Kumpulan sasar JKM;
- Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
- Sekiranya pemohon layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran JKM boleh dikemukakan.
JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) Muat Turun Borang.
- Salinan kad pengenalan diri pemohon
- Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahian anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
- Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Sila login ID anda yang telah didaftarkan
- Lalu klik “ Semakan Status Permohonan Talian”
- Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dan tekan “Semak”
Comments
Post a Comment