Bantuan ewallet sebanyak RM300 telah diumumkan dan akan disalurkan setiap bulan kepada penerima yang layak. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam membantu rakyat.
Kami akan berkongsi senarai penerima eWallet RM300 setiap bulan.
Kerajaan negeri telah melancarkan satu inisiatif yang dinamakan bantuan kehidupan sejahtera, atau lebih dikenali sebagai Bingkas. Melalui program ini, pemohon yang memenuhi syarat akan menerima insentif kredit ewallet sebanyak RM300 setiap bulan, yang bersamaan dengan RM3,600 setahun.
Pada tahun lalu, lebih kurang 30 ribu keluarga telah meraih manfaat daripada program ini. Bantuan yang diberikan ini membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai runcit yang telah berdaftar.
Objektif utama program ini adalah untuk mengurangkan beban kos sara hidup bagi keluarga yang mempunyai pendapatan di bawah RM3,000.
( SENARAI PENERIMA BANTUAN RM300)
Berikut adalah senarai penerima bantuan sebanyak RM300 ini :
- Rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan
- Kategori B40
- Keluarga dengan tanggungan yang berumur 18 tahun ke bawah
- Pemilih berdaftar
- Lahir di Selangor dan menetap melebihi 10 tahun di negeri tersebut
(CARA MEMBUAT PERMOHONAN)
Sila layari portal laman web rasmi : BINGKAS SELANGOR
(DOKUMEN SOKONGAN BARANG DAPUR)
- Salinan kad pengenalan pemohon atau pasangan
- Salinan kad pengenalan mykid atau surat beranak
- Salinan sijil kematian/ penceraian atau laporan polis (untuk ibu bapa tunggal)
- Salinan slip gaji/ pencen terbaru
- Salinan penyata EA atau KWSP
- Sijil pengesahan pendapat daripada ketua komuniti
(MAKLUMAT)
Sila layari https://bingkasselangor.com/manfaat untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut lagi.
Comments
Post a Comment